Perjanjian SB seharusnya mengandungi maklumat-maklumat penting berikut:
• Perihal kenderaan bermotor yang dibiayai
• Pengiraan jumlah yang perlu dibayar
• Deposit minimum
• Caj terma dan Kadar Peratus Tahunan untuk caj terma
• Caj lewat bayar
• Tarikh permulaan sewa
• Bilangan ansuran bulanan
• Jumlah ansuran bulanan
• Kepada siapa, bila dan di mana pembayaran ansuran bulanan perlu dibuat.
• Alamat di mana kenderaan bermotor biasanya disimpan.
Anda hendaklah memastikan bahawa butir-butir yang terkandung di dalam perjanjian adalah sama dengan butir-butir yang terdapat di penyata Jadual Kedua Perjanjian tersebut akan disetemkan pada kadar nominal atas tanggungan anda Anda tidak memerlukan khidmat peguam untuk memasuki sebarang perjanjian SB.
DEPOSIT MINIMUM
Deposit minimum ialah 10% daripada harga tunai kenderaan bermotor. Walau bagaimanapun, syarikat kewangan boleh mengenakan deposit yang lebih tinggi.
CAJ TERMA (KADAR FAEDAH)
Caj terma maksimum yang boleh dikenakan oleh syarikat kewangan ialah pada kadar sama rata sebanyak 10% setahun. Kadar peratusan sama rata ini dikenakan sepanjang tempoh SB. Sekiranya anda dikenakan kadar faedah sama rata sebanyak 10% sepanjang tempoh 5 tahun untuk pembiayaan SB sebanyak RM50,000, kadar peratus tahunan yang anda bayar ialah 17.3%.
CAJ LEWAT BAYAR
Caj lewat bayar maksimum yang boleh dikenakan oleh syarikat kewangan ialah 8% setahun dikira berasaskan baki harian ke atas ansuran yang tertunggak.
PENJAMIN
Syarikat kewangan akan membuat penilaian kredit ke atas pemohon kemudahan SB. Berdasarkan kepada keputusan penilaian kredit tersebut, syarikat kewangan mungkin memerlukan penjamin untuk kemudahan SB sebagai cagaran tambahan kepada kemudahan SB tersebut. Penjamin dikehendaki menandatangani surat jaminan. Penjamin akan menerima sesalinan perjanjian SB dan menanggung liabiliti ke atas kemudahan SB tersebut. Sekiranya penyewa ingkar membuat pembayaran, penjamin bertanggungjawab untuk menjelaskan jumlah yang tertunggak bagi kemudahan SB ini, termasuk faedah tertunggak.
PENGIRAAN CAJ TERMA
Caj terma, iaitu faedah, adalah dikira seperti di bawah. Contohnya, sekiranya anda mengambil pembiayaan sebanyak RM50,000 pada kadar 10% setahun selama lima tahun.
Jumlah pembiayaan RM50,000
Caj terma (kadar faedah) 10% setahun
Tempoh (Tempoh pembayaran balik) 5 tahun (60 bulan)
Faedah yang dikenakan (Jumlah Pembiayaan)x(Kadar)x (Tahun)
= RM50,000 x 10% x 5
= RM25,000
Kadar peratus tahunan = 17.3%
Faedah ke atas pembiayaan SB dikira berasaskan jumlah pembiayaan permulaan dan bukannya berasaskan baki belum jelas sebagaimana pinjaman lain. PENGIRAAN ANSURAN SB Menggunakan contoh tadi,
Ansuran bulanan
= Jumlah pembiayaan + Jumlah faedah keatas jumlah pembiayaan
Tempoh pembayaran balik (bulan)
: RM50,000 + RM25,000 / 60
: RM75,000 / 60
: RM1,250
TUESDAY, FEBRUARY 10, 2015
INOKOM AU26
INOKOM AD3 BONDED
WOODEN CARGO
Ciri ciri keselamatan
AU 26 BONDED
INOKOM ENGINE SPECIFICATION
INOKOM HD5000 (EURO 2)
3,907 cc, 5,000 kg, Body: Wooden Cargo 15'5" RM 97,311.01
INOKOM AU 26 Face lift Model
2,607 cc, 3,600 kg, Body: Wooden Cargo 10'3" RM 68,443.30
INOKOM AU 26 Extended Model
2,607 cc, 3,600 kg, Body: Wooden Cargo 12'3" RM 73,481.10
3,907 cc, 5,000 kg, Body: Wooden Cargo 15'5" RM 97,311.01
INOKOM AU 26 Face lift Model
2,607 cc, 3,600 kg, Body: Wooden Cargo 10'3" RM 68,443.30
INOKOM AU 26 Extended Model
2,607 cc, 3,600 kg, Body: Wooden Cargo 12'3" RM 73,481.10